Followers

Saturday, November 8, 2014

Ada hari

Ada hari aku harap kau baca.
Walau aku tahu kau tak dapat baca.
Sekurang kurangnya aku tahu kau faham aku dan turut merasai apa yang aku rasai.

6 bulan ini aku rasa kosong.
Aku hilang punca.
Terutama sekembali aku ke sini.
Rindu aku seperti anak kecil hendakkan gula gula.
Mahu sehingga dapat.
Kiranya tidak dapat menangis atau merajuk.
Tapi aku hendak merajuk pada siapa.
Tidak adil kiranya aku hendak merajuk pada Tuhan dibandingkan dengan nikmat yang diberi.
Maka aku marahkan diri sendiri.
Kerana hendak benda yang pasti aku tidak dapat sekarang.

Rindu.
Boleh tidak kalau kau singgah bila masanya betul betul tiba?
Perit tahu?
Penipu betul pujangga yang bermadah mengatakan rindu itu mengasyikkan.
Ah.
Kau tahu ada dua jenis rindu?
Rindu yang pasti.
Rindu yang tak pasti.
Pasti dapat.
Tak pasti untuk dapat.
Maka aku yang kedua.
Dan ianya langsung tidak mengasyikkan.

Menangis dalam kesunyian.
Sugguh benar payah menjadi seorang penyembunyi.
Sembunyikan perasaan sendiri.
Orang pula nampak aku paling positif dalam dunia.
Pernah dia ada tika air mata melimpah ruah di tikar sejadah atau didalam bas atau tika berseorangan di pokok?
Tak. Enggak pernah ada.
Maka berbondong bonding manusia datang bercerita itu ini.
Aku pula menjadi pendengar setia sambil terus meminjamkan kekuatan.
Kekuatan untuk aku sendiri?
Makin berkurang.

Tuhan.
Tolong khabarkan berita gembira pantas pantas.
Aku tahu Kau tahu aku sakit.
Sedang Fatimah apabila Rasulullah meninggal juga boleh jatuh sakit.
Ini pula aku yang memendam.

Tuhan.
Tolong? :'(