Followers

Monday, November 24, 2014

Lepas satu

Baru beberapa detik dapat berhubung kau bagi tahi.

Yang sedarah pulak juga annoying.

Bosan lah rebel sorang2.

Kak fynn masa zaman U at least jumpa bff berpentas.
Takpe. Sabar sikit.

Aku lain.
Dan aku nak jumpa org yg sama dgn lain aku.

Saturday, November 15, 2014

Songeh

Dari dulu.
Aku jujur dan cukup bencikan komentar yang tidak membina.
Terutama dari orang yang tak terlibat langsung atau tiada pengalaman atau memilih untuk jadi pemerhati.

'Kenapa macam ni. 'Ayah' aku boleh je buat'
Dey. Tu BAPAK ko.
Bukan kau.
Boleh differentiate tak?

Janganlah nak komen lelebih kalau dari awal survival event kau tak terlibat.
Kitaorg juggling around times kot.
Aku lagi lah 18 credit hours, 15 jam kerja.
Lagi lah aku bengang bila main cakap je itu ini tak kena.
Pernah join bebetul?
Takkan.
So please.
Ambil zip.
Kunci mulut.
Please faham.
Yang ada masalah ialah sudut pandang.
Yang ada masalah ialah nak duduk dekat comfort zone.
Yang ada masalah ialah taknak buat.
Bukan sebab benda tu susah atau babi menyampah.
Nanti ingat real world ajar kita buat benda kita suka selalu ke?
Hell NO.

On the way ke kampus.
Konon nak memastikan kemenangan rumah sukan.
Yup read.
Konon.

Thursday, November 13, 2014

Salji

Kali salji ini pelik.
Dahulu aku akan teruja.
Kali ini aku menyampah.
Kepala sakit.
Badan tak pernah dapat suam pun.

Tuhan.
Aku taktahu sampai bila.
Tapi bagi aku kekuatan untuk bertahan.

Saturday, November 8, 2014

Universiti

Tolong aku habiskan dengan sempurna?
Aku taknak kecewakan orang walaupun aku kecewakan aku sendiri

P/S: Btw aku harap 'kau' boleh komen. Aku dah sediakan ruang sebagai anon. Tak sabar nak baca dan berinteraksi. Aku siap buat link dekat email lagi. Oh. Kau tahu aku takkan guna kau aku. Hanya for the sake of this blog :) Im waiting. Ingat email aku juga kan? nurul... iastate.... edu.....

Ada hari

Ada hari aku harap kau baca.
Walau aku tahu kau tak dapat baca.
Sekurang kurangnya aku tahu kau faham aku dan turut merasai apa yang aku rasai.

6 bulan ini aku rasa kosong.
Aku hilang punca.
Terutama sekembali aku ke sini.
Rindu aku seperti anak kecil hendakkan gula gula.
Mahu sehingga dapat.
Kiranya tidak dapat menangis atau merajuk.
Tapi aku hendak merajuk pada siapa.
Tidak adil kiranya aku hendak merajuk pada Tuhan dibandingkan dengan nikmat yang diberi.
Maka aku marahkan diri sendiri.
Kerana hendak benda yang pasti aku tidak dapat sekarang.

Rindu.
Boleh tidak kalau kau singgah bila masanya betul betul tiba?
Perit tahu?
Penipu betul pujangga yang bermadah mengatakan rindu itu mengasyikkan.
Ah.
Kau tahu ada dua jenis rindu?
Rindu yang pasti.
Rindu yang tak pasti.
Pasti dapat.
Tak pasti untuk dapat.
Maka aku yang kedua.
Dan ianya langsung tidak mengasyikkan.

Menangis dalam kesunyian.
Sugguh benar payah menjadi seorang penyembunyi.
Sembunyikan perasaan sendiri.
Orang pula nampak aku paling positif dalam dunia.
Pernah dia ada tika air mata melimpah ruah di tikar sejadah atau didalam bas atau tika berseorangan di pokok?
Tak. Enggak pernah ada.
Maka berbondong bonding manusia datang bercerita itu ini.
Aku pula menjadi pendengar setia sambil terus meminjamkan kekuatan.
Kekuatan untuk aku sendiri?
Makin berkurang.

Tuhan.
Tolong khabarkan berita gembira pantas pantas.
Aku tahu Kau tahu aku sakit.
Sedang Fatimah apabila Rasulullah meninggal juga boleh jatuh sakit.
Ini pula aku yang memendam.

Tuhan.
Tolong? :'(

Monday, November 3, 2014

Senyum

Hari ini Tuhan membisikkan.
Senyum.
Kerana hari ini ada cerita gembira untuk kamu.

Bangun pagi.
Bertimpa cerita gembira ada.
Padahal minggu lepas hari paling kusam dalam dunia.

Tuhan.
Jangam berhenti ya.
Aku sayangkan Engkau.
Terima kasih Tuhan